Uncategorized Budaya toksik media sosial perlu berubah --- Asyraf Hakimi

Budaya toksik media sosial perlu berubah — Asyraf Hakimi

Author

Date

Category

- Advertisement -

Kuala Lampur, Feb. 7 — — Kebelakangan ini kita boleh lihat laman-laman media sosial menjadi tempat yang toksik dan penuh dengan emosi negatif.Sama ada di Facebook, Instagram mahupun Twitter, kesemua platform ini menjadi tempat luahan perasaan dengki, maki hamun, dan unsur-unsur provokatif dengan tahap yang semakin mendadak.Namun, ini bukan perkara baru. Fenomena ini telah berterusan sejak kemunculan media sosial sebagai alat komunikasi yang efektif.Hanya dalam dua, tiga tahun ini kita dapat melihat betapa serius masalah budaya media sosial ini semakin menjadi-jadi.Betul, kita sedang menghadapi kesukaran hidup disebabkan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.Setiap orang wajar diberi ruang untuk meluahkan perasaan dan bebas bersuara, akan tetapi dalam luahan perasaan kita perlu ada batasnya.Batas ini merupakan keperimanusiaan ataupun’basic human decency’yang wajar diamalkan oleh setiap netizen.Keperimanusiaan yang sering kita kaitkan dengan budaya rakyat Malaysia semakin terhakis sehingga sesiapa sahaja akan diserang untuk apa-apa sahaja sebab.Kadang kala, serangan di buat secara rawak dan tidak berhati perut.Kita ambil contoh di mana baru-baru ini DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menerima komen-komen negatif kerana video yang dimuat naik ke akaun media sosialnya.Masalahnya, kandungan video yang dimuat naik tidak mempunyai sebarang unsur kontroversi mahupun negatif. Namun begitu, Tunku Ismail tetap dimaki.Ini perkara yang amat sedih apabila netizen hanya mempunyai gambaran negatif terhadap mana-mana orang, terutamanya seorang pemimpin yang telah menyumbang lebih kepada masyarakat daripada mereka yang hanya tahu mengeluh.Tidak boleh dinafikan bahawa Tunku Ismail mempunyai personaliti yang unik dan tidak segan untuk bersuara, namun adakah ia menjadi justifikasi untuk menghumban hasad dengki dan makian terhadapnya?Tidak. Ini adalah hasil tiada keperimanusiaan oleh netizen yang tidak bertanggungjawab. Kritikan ini boleh dikatakan pilih kasih, atau lebih terperinci maksudnya’selective praise’.Dalam insiden ini ramai dalam kalangan netizen, terutamanya mereka yang lebih berpaksikan liberal memilih untuk tidak mengendahkan sumbangan-sumbangan yang dikurniakan oleh Tunku Mahkota Johor dan keluarga diraja Johor, sebaliknya memilih untuk menghulurkan unsur-unsur negatif.Ini bukan sahaja menunjukkan bahawa golongan ini tidak berhati perut, malah tidak mempunyai sebarang kebolehan untuk menghargai bahawa adanya pemimpin yang berwibawa dan prihatin terhadap keperluan rakyat.Apa yang terjadi sehingga video yang dibikin secara santai boleh dianggap sebagai terputus dari realiti?Sebenarnya ramai sudah berasa tidak puas dengan cara pengurusan wabak Covid-19 di negara kita, namun begitu kita perlu ada batas dalam menyuarakan perasaan kita.Seharusnya kita perlu menunjukkan sebarang perasaan ketidakpuasan kepada mereka yang bertanggungjawab dalam menguruskan wabak ini secara konstruktif dan bersopan.Apakah ini budaya buli siber,’cancel culture’dan’doxing’yang dibawa oleh mereka yang dipengaruhi idealisme liberal dari negara Barat?Para diingat bahawa gejala sosial ini boleh merosakkan akhlak dan budi bahasa masyarakat kita. Adakah ini sesuatu yang kita patut amalkan?Adakah kita mengingini anarki yang berlaku seperti insiden yang berlaku di Amerika Syarikat pada 6 Januari lalu di mana Capitol Hill diceroboh penyokong Trump yang ekstrem?Jangan kita biarkan budaya toksik ini mencemarkan masyarakat kita.Walaupun kita semua dalam situasi yang sukar, perlu kita ingat untuk tenang dan menjaga peradaban kepada satu sama lain, tidak mengira latar belakang mahupun darjat.Fikir semula jika komen anda akan membawa manfaat kepada masyarakat atau sebaliknya, dan cubalah menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.Sememangnya ini ditujukan kepada mereka yang mampu menghulurkan bantuan namun hanya tahu membuat bising di media sosial supaya boleh kekal relevan.Adakah anda sudah menyumbang kepada usaha menghidupkan semula ekonomi dan menolong rakyat yang memerlukan? Fikirkan.

* Asyraf Hakimi adalah seorang usahawan

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapatMalay Mail.For any query with respect to this article or any other content requirement, please contact Editor at contentservices@htlive.comCopyright 2017 Malay Mail Online

Send in your scoop to news@theindependent.sg 

- Advertisement -

Independent Budget office a “wasteful duplication” of functions: DPM Heng

Singapore – Deputy Prime Minister Heng Swee Keat said that an independent Budget office would be a "wasteful duplication of functions" as there are independent audits by the Auditor General's Office and parliamentary scrutiny of the Government's spending. On Friday (Feb 26),...

Hyper-competition does not necessarily lead to better economic performance: PSP’s Kumaran Pillai

Singapore – Opposition Progress Singapore Party's (PSP) Kumaran Pillai took to social media to urge more investment in local talent as many feel they "have gotten the short end of the stick" when it comes to employment. In a Facebook post on...

Kranji land ‘erroneous’ clearing: more supervision not always best solution, says Chan Chun Sing

Singapore – Processes should be streamlined and not more layers of supervision added in public service, said Trade and Industry Minister Chan Chun Sing on Friday (Feb 26) in response to the erroneous clearing of a large patch of woodland in...

Send in your scoop to news@theindependent.sg 

Theindependent